Bapaku ditanduk lembu korban!!!

Cerita bermula pada raya korban kedua ( 28 November 2009 ) yg mana kebetulan tahun ni nama anak buah aku masuk utk korban di surau tmpt aku... seperti biasa awal pg lg aku, adik aku gn ayah ku telah turun ke surau utk sama2 membantu utk melaksanakan ibadah korban setiap tahun...tahun ni 3 ekor lembu korban dan nama anak buah aku pada lembu korban no 2....sesampainye di surau aku diminta utk buat lubang sembelihan...Apa lg mencangkul la aku...huuhhu

Kami semua bergotong royong menumbangkan lembu korban pertama, setelah berjaya lembu tersebut diangkt utk dibawa ke tmpt sembelihan....kami semua bertakbir dan lembu pertama selamat disembelih...nk dijadikan cerita...lembu korban pertama ni nyawa agak liat...setelah disembelih lembu tersebut bangun berdiri ( macam belum kena smbelih jer )...org ramai pun menyaksikan sahaja lembu tersebut...dipendekkan cerita lg, ayah aku kebetulan berada berdekatan dekat dengan lembu korban pertama....dengan tiba2 lembu korban tersebut bertindak agresif dan telah menanduk bapaku yg paling hampir masa tu..so bapaku pun jatuh la...bapa ku apa lg terpaksa bertindak utk menyelamatkan diri..org ramai masa tu cuba utk menahan lembu tersebut dengan menarik tali yg masih berada di leher lembu tersebut...bapa aku dengan segera bangun dan lari dari lembu tersebut..huuhuhu....kesian lak tgk bapa aku masa tu...terus kotor baju dan seluar kena tanah...

ibadah korban diteruskan lg dengan lembu korban kedua dan ketiga sehinggalah selesai pembahagian lembu tersebut....Pesanan jgn hampir dengan lembu yg baru disembelih kerana mungkin lembu tersebut akan bertindak agresif.huuhuh...

kesempatan ini juga aku mewakili seluruh ahli keluargaku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di setiap Pelusuk Dunia..SALAM AIDILADHA.....

0 comments:

Post a Comment